Saturday, March 8, 2008

SALAMON ALI RIZAL ABDUL RAHMAN

Berusia 40 tahun

Salamon Ali Rizal yang merupakan Setiausaha BN dan UMNO Bahagian Indera Mahkota, mula menceburi bidang politik sebagai ahli biasa pada 1995.

Beliau yang juga seorang peguam

Keluarga terutama bapanya, Abdul Rahman Kadir, 70, merupakan pendorong utama untuknya bergiat dalam politik.

Pada pilihan raya kali ini, Salamon Ali Rizal dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azan Ismail.

TAN KEN TEN , IR

Berusia 53 tahun.

Calon BN di DUN Kota Lama.

Pengerusi MCA Kota Bharu, Kelantan

Ken Ten mencabar penyandang kerusi itu selama dua penggal iaitu Datuk Anuar Tan Abdullah daripada Pas.

Dalam Pilihan Raya Umum 1999, Anuar memenangi kerusi itu daripada calon BN, Leong Su Siang dengan majoriti 445 undi dan pada 2004 sekali lagi mempertahankan DUN, juga mengalahkan calon sama dengan kelebihan hanya 34 undi.

HASBI HABIBOLLAH

Berusia 45 tahun

Pernah bekerja selama 22 tahun dengan Jabatan Kerja Raya.

Muka baru BN di kawasan Parlimen Limbang, Sarawak.

Tinggalkan tugas Jurutera Kanan Unit Senggara Jalan di Ibu Pejabat JKR Kuching untuk bergiat sepenuh masa dalam bidang politik.

Bekas penuntut Universiti Iowa Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Awam

AHMAD MASLAN

Berusia 42 tahun

Calon muka baru BN di Parlimen Pontian

Ditentang Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)

Mula menyertai politik semasa menuntut di Unioversity of Wellington, New Zealand pada tahun 1986.

BOLKIAH ISMAIL

Calon BN di DUN Pitas, Sabah

Berusia 43 tahun

Mahu memperkenalkan sistem pertanian moden di Pitas.

Katanya: dua komoditi penting iaitu kelapa sawit dan getah yang berpotensi di Pitas selain mewujudkan sistem pertanian moden.

Beliau yang menggantikan Datuk Masrani Parman din situ.

Anak jati Pitas berbangsa Dusun Kimaragang dari Kampung Salimpodon

Telah sanggup melepaskan jawatan sebagai Ketua Pusat Pengurusan Pinjaman Maybank Sabah demi membantu rakyat Pitas.

Berkhidmat selama 20 tahun sejak 1988 dalam industri perbankan

Di DUN Pitas di bawah Parlimen Kudat berlaku pertembungan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat, Pasok dan Bebas.

ISMAIL OTHMAN

Berusia 52 tahun.

Anak seorang guru agama.

Calon BN di DUN Kuala Linggi, Melaka.

Pernah menjadi penjual anyaman dari Melaka ke Selangor.

Ditentang oleh calon Pas, Julasafiah Kassim.

Beliau menyertai UMNO sejak 12 tahun lalu

Kini merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka

Aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Friday, March 7, 2008

ISMAIL SANI

Berusia 40 tahun

Berpengalaman sebagai aktivis belia terutama sebagai Pengerusi Gerakan Belia 4B Hulu Langat

Calon BN di DUN Dusun Tua, Selangor

Menubuhkan Persatuan Belia Anak Jaya Sungai Semungkis (Ajass) Batu 14, Hulu Langat

Pernah belajar di Universiti Missouri, Amerika Syarikat pada tahun 1990

Fokus utamanya ialah pembangunan belia.

Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Langat.

Mahu menaik taraf produk eko pelancongan setempat seperti jeram di Hulu Perdik, Sungai Gabai, Sungai Congkak dan Gunung Nuang.