Sunday, March 2, 2008

DEVAMANY, S.K.

Calon BN di Cameron Highland dalam Pilihanraya Umum 12)


Devamany dilahirkan pada 10 September 1957 di Sdemanggol, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan King Edward VII dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kingv Edward di Taiping, Perak.

Beliau kemudiannya mengikuti latihan di Institut Latihan Perguruan Khas di Vheras dan lulus sebagai seorang guru dalam tahun 1978.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam tahun 1982 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dengan majoring Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya.

Dalam tahun 1995 Devamany meninggalkan bidang perguruan untuk menyertai kerjaya dalam bidang pengajian tinggi dengan menubuhkan RIFA Group Enginering College dan bertugas sebagai Pengarah Urusan.

Beliau kemudiannya meninggalkan dunia korporat dan menyertai politik dengan menjadi Ahli Parlimen Cameroron Highland dalam tahun 2004.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majority 6,260 undi.

Beliau juga turut dilantik ke dalam Jawatankausa Kerja Pusat MIC dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Pengambilan Bekerja MIC.

Devamany berkahwin dengan Puan Saraswathy Nallaiah dan mempunyai tiga orang anak perempuan.

No comments: